suria

Kecederaan Belakang Sekat Penampilan Crouch

Crouch terpaksa melupakan hasrat untuk memperkuat England akibat kecederaan belakang.
Crouch terpaksa melupakan hasrat untuk memperkuat England akibat kecederaan belakang.
Crouch terpaksa melupakan hasrat untuk memperkuat England akibat kecederaan belakang.

PETER Crouch akan terlepas aksi bersama Englanda dalam kempen kelayakan Euro 2012 menentang Bulgaria dan Switzerland kerana menanggung kecederaan di bahagian belakang.

Kecergasan penyerang Tottenham Hotspur itu sentiasa menimbulkan tanda tanya selepas bergelut dengan kecederaan belakang yang diperoleh ketika tewas kepada Wigan, Sabtu lalu.

Pengurus Fabio Capello mengambil langkah berjaga-jaga dengan menamakan penyerang tambahan dalam senarai 24 pemain England tetapi selepas Crouch disahkan kembali ke Spurs untuk menjalani rawatan pada Rabu, tiada calon pengganti disenarai pendek.

Capello terpaksa menagih khidmat Wayne Rooney, Darren Bent dan Jermain Defoe yang baru pulih daripada kecederaan pangkal paha sedikit sebanyak menjejaskan pilihan pemain di bahagian serangan.

FA memilih untuk tidak mengumumkan senarai pemain yang dilanda kecederaan walaupun Crouch hanyalah pemain tunggal yang dilepaskan dan tiada sebarang permintaan untuk memanggil pemain gantian dikemukakan.

England hanya memiliki seorang penjaga gol ketika menjalani latihan pada Selasa.

Artikel Berikut

Artikel Lain