suria

Kien Keat - Boon Heong Gagal Cipta Sejarah

KUALA LUMPUR: Pasangan beregu negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong gagal mencipta sejarah pada Kejohanan Badminton Dunia apabila tewas kepada beregu China pada perlawanan akhir di Stadium Pierre de Coubertin, paris, Perancis, malam Ahad.

Pasangan beregu nombor satu dunia itu kalah 21-18, 18-21, 14-21 kepada beregu pilihan kelima Cai Yun dan Fu Haifeng.

China menamatkan saingan Kejohanan Dunia tahun ini dengan merangkul kesemua kategori yang dipertandingkan.

Bagi perseorangan lelaki, Chen Jin menewaskan Taufik Hidayat dari Indonesia 21-13, 21-15 manakala dalam perseorangan wanita, Lin Wan menundukkan rakan senegara Wang Xin 21-11, 19-21, 21-13.

Acara beregu wanita pula dikuasai oleh beregu nombor dua dunia Du Jing/Yu Yang apabila menewaskan beregu nombor satu Ma Jin/Wang Xioli 21-9, 21-17.

Sementara itu, dalam beregu campuran, Zheng Bo/Ma Jin mengalahkan He Hanbin/ Yu Yang 21-14, 21-10. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain