suria

Barcelona Mula Bergaya, Real Sekadar Seri

Villa menjaringkan gol ketiga untuk Barcelona.
Villa menjaringkan gol ketiga untuk Barcelona.
Villa menjaringkan gol ketiga untuk Barcelona.

LIONEL Messi, Andres Iniesta dan David Villa diangkat sebagai wira Barcelona selepas membantu pasukan itu menewaskan Racing Santander 3-0 pada aksi pembukaan kempen La Liga musim ini.

Messi yang melakukan hatrik pada Piala Super Sepanyol minggu lalu hanya memerlukan masa selama empat minit untuk membolosi tembok pertahanan lawan.

Iniesta menghadiahkan gol kedua untuk Barca dari luar kawasan penalti dan pemain baru, Villa menanduk masuk gol pertamanya dengan menyarung jersi kelab Catalan itu selepas Victor Valdes menyelamatkan sepakan penalti pada babak pertama.

Pasukan kendalian Pengurus Pep Guardiola itu tidak terjejas dengan pemergian Zlatan Ibrahimovic ke AC Milan dan berpuas hati apabila seteru Real Madrid sekadar terikat seri tanpa jaringan dengan Real Mallorca.

Pemain baru Real, Mesut Ozil, Sami Khedira, Angel Di Maria, Sergio Canales dan Ricardo Carvalho melakukan penampilan pertama tetapi gagal melakukan kejutan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain