suria

Pengurus Bola Sepak AS Minat Kemudi Aston Villa

PENGURUS Amerika Syarikat (AS), Bob Bradley (gambar) mengakui dia mahu mengisi kerusi panas yang ditinggalkan Martin O'Neill di Aston Villa.

Bradley yang mengemudi AS ke kelompok 16 terakhir Piala Dunia tidak berbincang secara rasmi dengan pemilik Villa, Randy Lerner tetapi wakilnya sudah menghubungi kelab itu.

"Sudah semestinya saya berminat memimpin Villa. Kelab itu mempunyai sejarah dan peminat tersendiri. Peluang seperti itu menarik minat saya untuk berhijrah ke Villa.

"Saya sentiasa teruja untuk menjadi pengurus di Eropah tetapi pada masa sama berbangga bekerjasama dengan pasukan AS dalam tempoh empat tahun ini," katanya.

Menurut Bradley, dia akan mempertimbangkan tawaran daripada Villa jika kelab itu berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

"Saya sedia mengharungi cabaran baru. Jadi kita tunggu dan lihat saja apa yang akan berlaku. Setakat ini perbincangan masih dilakukan di antara wakil saya dengan Villa," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain