suria

Newcastle United Mula Tunjuk Taring

Carroll menjaringkan gol keenam Newcastle.
Carroll menjaringkan gol keenam Newcastle.
Carroll menjaringkan gol keenam Newcastle.

PENYERANG sensasi Andy Carroll melakukan hatrik ketika Newcastle menewaskan Aston Villa 6-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di St James' Park, malam Ahad.

Carroll, 21, melengkapkan gol keenam Newcastle dengan aksi menakjubkan pada minit-minit kecederaan.

Pemain tengah, Joey Barton meletakkan Newcastle di depan seawal minit ke-12 sebelum kapten pasukan, Kevin Nolan menyempurnakan dua gol.

Villa kelihatan buntu dalam mencari ruang untuk mencipta gol. Lebih memeritkan, penyerang John Carew gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-10.

Kekalahan itu merupakan persembahan terburuk pasukan pimpinan pengurus sementara Villa, Kevin McDonald selepas menewaskan West Ham 3-0 pada minggu lalu.

Sementara itu, ia adalah keputusan 6-0 buat kali keempat yang berjaya dicatatkan Newcastle setakat ini.

Kemenangan besar diluar dugaan itu membuktikan pasukan kendalian Pengurus Chris Hughton berkenaan sudah bangkit daripada kekecewaan apabila sekadar beraksi dalam Divisyen Dua musim lalu.

Kejayaan itu turut disuntik dengan khabar gembira apabila pemain tengah Ivory Coast, Cheick Tiote berjaya menyempurnakan perpindahan dari FC Twente untuk memperkuat Newcastle musim ini.

Pemain berusia 24 tahun itu lulus pemeriksaan kesihatan dan kini sedang menunggu permit kerja.

"Kemenangan ini diluar jangkaan. Kami yakin perlawanan ini akan menjadi sukar tetapi sebaik saja kami menjaringkan gol pertama, perasaan gementar kami mulai hilang.

"Kami banyak melakukan serangan ke atas kubu lawan dan menjaringkan enam gol. Kualiti permainan dan semangat pemain sentiasa berada pada tahap tertinggi," kata Hughton.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain