suria

Muhd Ajmal Dan Navinraj Subramaniam Gagal Dapat Pingat

SINGAPURA: Pelari negara Muhd Ajmal Aiman Mat Hasan, 17, gagal merangkul pingat dalam acara akhir 110m lari berpagar di Stadium Bishan di sini, Sabtu selepas hanya mampu mencatatkan masa 14.48 saat untuk mendapat tempat keempat.

Pingat emas cara tersebut telah dimenangi oleh pelari Brazil, Jean Da Silva yang mencatatkan masa terpantas 13.76 saat. Pingat perak dan gangsa masing-masing dimenangi oleh pelari Britain Themba Luhana (13.78s) dan Vyacheslav Shvydkyy dari Ukrain (13.93s).

Dalam acara lompat tinggi pula, atlet negara Navinraj Subramaniam, 17, turut tidak mendapat pingat apabila mendapat tempat kelapan selepas hanya mampu mencatatkan ketinggian lompatan 2.08m.

Pingat emas dimenangi oleh atlet Israel Dmitry Kroytor (2.19m), pingat perak oleh atlet Australia Brandon Starc (2.19m) dan pingat gangsa oleh atlet Ukrain Viktor Chernysh (2.17m). - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain