suria

Saingan Malaysia Dalam Acara Renang YOG Berakhir

SINGAPURA: Saingan Malaysia dalam acara renang berakhir selepas perenang negara, Lai Wei Li gagal mara ke peringkat akhir acara 400m Gaya Bebas Wanita Sukan Olimpik Belia 2010,Jumaat.

Beliau hanya mampu membuat catatan masa 4 minit 30.92 saat pada saringan ketiga di Sekolah Sukan di sini hari ini.

Wei Li yang bersaing dengan tujuh peserta lain mendapat tempat kelima dalam saringan tersebut.

Kesemua peserta empat saringan yang memasuki acara akhir merekodkan masa kurang daripada 4:19.71s.

Mereka terdiri daripada Jordan Mattern dan Kiara Janzen (Amerika Syarikat), Claudia Dasca (Sepanyol), Eleanor Faulkner (Great Britain), Boglarka Kapas dan Anna Olasz (Hungary), Stefania Pirozzi (Itali) serta Julia Hassler (Liechtenstein).- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain