suria

Muka Baru Sertai Skuad Menembak Negara Berlatih Di Langkawi

LANGKAWI: Muka baru Alais Neek Sulong adalah antara 16 penembak acara pistol dan raifal dari skuad kebangsaan yang menyambung latihan pusat di Lapang Sasar Menembak Antarabangsa Langkawi di sini sejak semalam sebagai persiapan untuk ke Sukan Komanwel di New Delhi pada Oktober ini dan ke Sukan Asia di China pada November nanti.

Jurulatih kebangsaan Mohd Hashim Md Desa berkata walaupun pada bulan puasa, latihan dijalankan seperti biasa dan akan berakhir pada 4 September.

Antara penembak yang menjalani latihan Nur Suryani Mohd Taibi, Bibiana Ng Pei Chin, Hasli Izwan Amir Hasan, Hafiz Adzhar, dan Khalil Abdullah.

Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) menghantar skuad terbesar dalam sejarahnya terdiri daripada 23 penembak bagi menggalas cabaran di Sukan Komanwel nanti.

Setiausaha Eksekutif NSAM Jasni Shaari berkata ketika Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan Komanwel 1998, skuad menembak hanya terdiri 11 peserta manakala pada Sukan Komanwel di Manchester selepas itu, Malaysia menghantar 12 penembak. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain