Cole Gagal Tambah Jaringan - Sukan | mStar

Cole Gagal Tambah Jaringan

Cole gagal menambah jaringan pasukan setelah sepakan penaltinya diselamatkan penjaga gol Trabzonspor.
Cole gagal menambah jaringan pasukan setelah sepakan penaltinya diselamatkan penjaga gol Trabzonspor.

PEMAIN tengah Liverpool, Joe Cole gagal mengambil peluang menambah jaringan setelah tidak berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada perlawanan pembukaan play-off Liga Juara-juara menentang pasukan dari Turki, Trabzonspor di Anfield, Jumaat.

Walaupun Cole menunjukkan aksi cemerlang pada perlawanan ini setelah menerima kad merah ketika perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu lalu, dia sekali lagi kecewa apabila penalti yang diambil pada minit ke-52 berjaya diselamatkan oleh penjaga gol muda Turki, Onur.

Kegagalan Cole melaksanakan sepakan penalti itu menjadikan skuad bimbingan Roy Hodgson hanya menang 1-0, hasil daripada jaringan Ryan Babel pada minit ke-45.

Liverpool akan bertandang ke Huseyin Avni Aker, Trabzon bagi perlawanan saingan kedua Khamis ini.

Artikel Sebelum

Balotelli Penyelamat City

Artikel Berikut

Krasic Mantapkan Pasukan Juventus

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain