suria

Milner Tiba Di Eastlands

MANCHESTER City terus didatangi muka baru pada musim panas ini. Terbaru, James Milner (gambar) tiba di Eastlands untuk pemeriksaan kesihatan sebelum menandatangani kontrak bersama kelab itu.

Sementara itu, pemain baru dari Itali, Mario Balotelli diperkenalkan kepada media manakala masa depan Roque Santa Cruz dan Stephen Ireland masih dibincangkan secara tertutup.

Ireland mungkin akan berhijrah ke Villa sebagai sebahagian daripada perjanjian Milner.

Pengurus City, Roberto Mancini memberitahu sidang media bahawa beliau percaya perpindahan Milner akan disempurnakan dalam tempoh terdekat.

Mancini berkata perpindahan Milner dari Villa bernilai 23 juta pound (RM113 juta) semakin hampir disempurnakan.

"Perpindahan itu akan berlaku pada Rabu atau Khamis. Saya percaya Milner adalah pemain berbakat dan boleh beraksi di posisi berbeza," katanya.

Ditanya sama ada perjanjian itu melibatkan perpindahan Ireland ke Villa Park, Mancini menambah, dia berharap agar perkara berkenaan berlaku.

Mancini turut mengesahkan Bellamy sudah meninggalkan City untuk menyertai Cardiff City secara pinjaman.

Balotelli yang menyertai City dari Inter Milan pula menafikan bahawa dia budak nakal dan tidak sabar untuk beraksi di England.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain