suria

Kelab Young Boys Tunjuk Taring Tundukkan Spurs

SWITZERLAND: Pasukan Tottenham Hotspur terpaksa akur dengan kekalahan 2-3 kepada Kelab Young Boys pada perlawanan pertama Liga Juara-juara (CL), Rabu.

Pasukan Switzerland itu berjaya menjaringkan tiga gol dalam masa 28 minit permainan menjadikan saingan semakin rancak.

Jaringan Kelab Young Boys dihasilkan oleh Senad Lulic, Henri Bienvenu dan Xavier Hochstrasser.

Ketinggalan tiga gol tidak mematahkan semangat pemain-pemain Spurs apabila Sebastian Bassong merapatkan jurang jaringan pada minit ke-42, diikuti Roman Pavlyuchenko pada minit ke-82 permainan.

Tottenham kini perlu menang 1-0 atau 2-1 untuk mengukuhkan kedudukan dalam kumpulan, manakala Young Boys yang pertama kali menyertai CL ini bakal menentukan nasibnya pada perlawanan kedua playoff 25 Ogos ini di White Hart Lane.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut