suria

Dua Pelayar Negara Mula Saingan Pada YOG

SINGAPURA: Dua pelayar negara, Khairuneeta Mohd Afendy dan Mohd Amirul Shafiq Md Jais berada dalam kelompok utama selepas dua perlumbaan pada acara sukan layar di Sukan Olimpik Belia (YOG) di sini, Selasa.

Khairuneeta, 15, menduduki tempat keempat pada perlumbaan pertama kategori Byte CII-Dinghy wanita sebelum mencapai kedudukan keenam pada perlumbaan kedua di Pusat Pelayaran Kebangsaan di East Coast Park, Changi, di sini.

Dalam pada itu, Muhammad Amirul Shafiq, 16, menduduki tangga ke-12 pada perlumbaan pertama acara lelaki dan memperbaiki kedudukan dengan tempat ke-10 pada perlumbaan kedua.

Seramai 32 peserta mengambil bahagian dalam acara 16 perlumbaan tersebut.

Acara pada Selasa ditangguh sementara kerana kekurangan tiupan angin selepas sesi latihan dibatalkan semalam kerana masalah sama. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain