suria

Cuaca Buruk Jejas Hari Kedua Acara Sukan Layar YOG

SINGAPURA: Hari kedua acara sukan layar Sukan Olimpik Belia (YOG) di Pusat Pelayaran Kebangsaan terjejas akibat cuaca buruk, Rabu.

Hujan lebat dan ribut petir menyebabkan acara yang dijadual pada tengahari itu ditangguh, sementara kekurangan tiupan angin pada sebelah petang pula mengakibatkan pelayar dipanggil kembali ke pantai.

Penganjur berharap untuk menyudahkan sekurang-kurangnya satu daripada 12 perlumbaan yang melibatkan acara Byte C11 Dinghy dan Techno 293 Windsurfing) bagi kategori lelaki dan perempuan itu.

Negara diwakili pelayar Khairunneeta Mohd Affendy, dan Muhamad Amirul Shafiq Md Jais.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain