suria

Wenger Perbaharui Kontrak Bersama The Gunners

ARSENE Wenger (gambar) akhirnya menandatangani kontrak lanjutan selama tiga tahun bersama Arsenal dan akan menyaksikannya terus memimpin The Gunners sehingga hujung musim 2013/2014.

"Hati saya hanya milik Arsenal dan kehendak saya adalah untuk melihat pasukan meraih kemenangan.

"Komitmen dan impian saya sentiasa tinggi dan membuak-buak seperti biasa. Saya meletakkan kepercayaan terhadap ahli lembaga pengarah begitu juga kepada pemain," kata Wenger dalam laman web www.arsenal.com, Sabtu.

Wenger yang meneraju Arsenal sebagai pengurus paling lama kelab itu pernah memenangi gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak tiga kali tetapi gagal menamatkan kemarau kejuaraan selepas kempen lima musim.

"Saya merasakan kami tidak memenangi sebarang trofi beberapa tahun ini. Jadi penting bagi kami untuk bangkit menamatkan kemarau kejuaraan.

"Kami kekal di peringkat tertinggi tetapi kami perlu melangkah ke hadapan, untuk memenangi trofi dan bergelar juara EPL begitu juga kejuaraan Eropah," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain