SINGAPURA: Atlet triatlet Jepun, Yuka Sato, mencipta sejarah apabila menjadi pemenang pingat emas pertama pada Sukan Olimpik Belia (YOG) pertama di sini, Ahad.Sato, 18, mencatatkan masa sejam 49 minit dan 69 saat untuk melengkapkan acara renang sejauh 750 meter, berbasikal (20km) dan larian lima kilometer pada final acara wanita itu di East Coast Park di sini. Tahun lepas, beliau merupakan satu-satunya triatlet Asia muncul tempat 10 terbaik pada Kejohanan Remaja Dunia.Atlet Australia, Ellie Salthouse, 17, yang menjuarai pusingan kelayakan YOG Oceania dan Kejohanan Aquatlon Dunia Gold Coast ITU 2009, memperoleh pingat perak dengan hanya ketinggalan 14.7 saat.Kelly Whitley dari Amerika Syarikat, yang menduduki tempat kedua dalam pusingan kelayakan YOG Pan-Amerika, mendapat pingat gangsa.Atlet tuan rumah Clara Wong menduduki tangga ke-30 daripada 32 atlet yang bersaing dengan mencatatkan masa sejam 21 minit dan 30.85 saat.Dua atlet gagal menamatkan saingan selepas terbabit dalam kemalangan semasa acara berbasikal. - BERNAMA