suria

Peserta Angkat Berat Rangkul Emas Pertama Vietnam

SINGAPURA: Atlet angkat berat Kim Tuan Thach melakukan percubaan ketiga dan terakhir dalam acara 'clean dan jerk' kategori 56kg bagi merangkul emas pertama Vietnam pada temasya Sukan Olimpik Belia (YOG) di sini, Ahad.

Beliau telah mencatatkan angkatan menyeluruh 256kg pada pertandingan angkat berat yang berlangsung di Dewan Sukan Toa Payoh di sini.

Pencapaian Vietnam pada Sukan Olimpik sebelum ini ialah sebutir pingat perak menerusi atlet taekwondo wanita Hieu Ngan Tran pada Sukan Olimpik Sydney 2000 dan pingat perak oleh peserta angkat berat lelaki Hang Anh Tuan pada Sukan Olimpik Beijing 2008. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain