suria

Penampilan Rooney Pada Aksi Pembukaan Masih Diragui

PENYERANG Wayne Rooney (gambar) masih berusaha untuk memulihkan kecederaan hamstring dan berkemungkinan besar terlepas aksi pembukaan Manchester United menentang Newcastle United, awal pagi Isnin.

Rooney mengalami kecederaan ketika England menewaskan Hungary 2-1 pada perlawanan persahabatan, Rabu lalu.

Walaupun beliau belum sah diketepikan pada perlawanan pembukaan itu, Rooney masih giat menjalani rawatan pemulihan sejak pulang dari tugas antarabangsa.

Menurut The Mirror, kecederaan Rooney itu menimbulkan keraguan berhubung penampilannya bersama Red Devils dalam aksi penting berkenaan.

Rooney menerima anugerah Pemain Terbaik Tahunan dan Pemain PFA Tahunan menerusi undian yang dilakukan Penulis-penulis Bola Sepak selepas menjaringkan 34 gol dalam 44 perlawanan bersama United musim lalu.

Bagaimanapun, pemain kebangsaan England itu belum menggegar gawang sejak mengalami kecederaan buku lali ketika United mencatat keputusan 2-1 ke atas Bayern Munich dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah pusingan pertama pada 30 Mac lalu.

Rooney masih bergelut dengan kecederaan pada hujung kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu dan gagal memberikan impak positif dalam perlawanan Piala Dunia, Jun lalu.

Beliau turut gagal menjaringkan gol dalam empat perlawanan England di Afrika Selatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain