suria

Murray Mara Ke Final Toronto Masters

Nadal (kanan) mengucapkan tahniah kepada Murray selepas tamat aksi separuh akhir, Sabtu.
Nadal (kanan) mengucapkan tahniah kepada Murray selepas tamat aksi separuh akhir, Sabtu.
Nadal (kanan) mengucapkan tahniah kepada Murray selepas tamat aksi separuh akhir, Sabtu.

PEMAIN tenis Britain, Andy Murray berada dalam kedudukan terbaik untuk mempertahankan gelaran juara Toronto Masters selepas mematikan langkah pemain nombor satu dunia, Rafal Nadal dengan keputusan 6-3, 6-4 untuk mara ke final.

Murray yang perlu mara ke final untuk mempertahankan ranking keempat dunia miliknya kini boleh memberikan tumpuan penuh dalam memenangi trofi pertamanya musim ini dan mempertahankan kejuaraannya di gelanggang keras itu selepas Andre Agassi pada 1995.

Kemenangan Murray sekaligus meranapkan impian peminat yang ingin menyaksikan pertemuan final sengit di antara Nadal dan Roger Federer.

Federer yang terjatuh ke ranking ketiga dunia akan bertemu pemain nombor dua dunia, Novak Djokovic pada perlawanan separuh akhir berasingan, Sabtu.

Pada pertemuan separuh akhir itu, Murray, 23, mempamerkan aksi menakjubkan sebelum membiarkan Nadal pulang dengan berputih mata.

"Saya selesa beraksi di gelanggang ini. Pergerakan saya di gelanggang keras begitu teratur berbanding di gelanggang lain.

"Terdapat beberapa perkara yang saya boleh lakukan di sini berbanding di gelanggang lain. Saya sentiasa beraksi dengan baik di gelanggang ini," kata Murray.

Selepas memenangi kejuaraan Wimbledon, Nadal kelihatan seolah-olah gagal menemui rentak dalam setiap perlawanan sepanjang minggu itu dan aksi separuh akhir nyata berbeza apabila Murray mendahului permainan sejak set pertama.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain