suria

Liverpool Lebih Tertekan Berbanding Arsenal: Chamakh

Chamakh (kiri) meraikan jaringannya dengan Samir Nasri dan Kieran Gibbs ketika menentang AC Milan pada aksi Piala Emirates, bulan lalu.
Chamakh (kiri) meraikan jaringannya dengan  Samir Nasri dan Kieran Gibbs ketika menentang AC Milan pada aksi Piala Emirates, bulan lalu.
Chamakh (kiri) meraikan jaringannya dengan Samir Nasri dan Kieran Gibbs ketika menentang AC Milan pada aksi Piala Emirates, bulan lalu.

MAROUANE Chamakh yakin Liverpool lebih tertekan untuk mencipta kejutan musim ini berbanding Arsenal selepas mengharungi pengalaman mengecewakan pada musim lalu.

Menjelang pertemuan Arsenal dengan Liverpool di Anfield malam ini, penyerang baru The Gunners itu berazam untuk mempamerkan persembahan terbaik bersama pasukan barunya.

Arsenal menamatkan kempen musim lalu di tempat ketiga, ketinggalan di belakang juara, Chelsea dan naib juara, Manchester United.

Kali ini, Liverpool melangkah memasuki musim baru dengan harapan tinggi. Namun Chamakh menegaskan prestasi hambar Liverpool musim lalu sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pasukan itu untuk memperbaiki kelemahan mereka.

"Arsenal melalui musim-musim baik. Mereka menduduki tempat ketiga. Objektif utama pasukan adalah untuk melayakkan diri ke kejuaraan Eropah.

"Itu tekanan yang menimpa Arsenal tetapi Liverpool lebih tertekan kerana mereka mengharungi musim mengecewakan. Ia sukar untuk kami begitu juga Liverpool," katanya.

Menurut pemain kebangsaan Morocco itu, dia akan melakukan apa saja untuk menghadiahkan mata kepada Arsenal sebaik saja perlawanan bermula kelak.

Pengurus Arsene Wenger pernah cuba membawa masuk Chamakh ke Emirates tahun lalu tetapi beliau membuat keputusan untuk menunggu kontrak penyerang itu tamat pada musim panas daripada membayar nilai perpindahan tertinggi seperti yang diminta Bordeaux.

Chamakh beraksi cemerlang dalam perlawanan pra musim Arsenal dan aksi pembukaan malam ini akan menjadi batu loncatan buat dirinya untuk pergi lebih jauh.

"Beraksi bersama Arsenal menentang pasukan seperti Liverpool, Chelsea dan Manchester United menjadi impian saya sejak sekian lama," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain