suria

Mourinho Enggan Pancing Khidmat Gerrard

PENGURUS Real Madrid, Jose Mourinho mengakui tidak akan membawa masuk kapten Liverpool, Steven Gerrard.

Mourinho sentiasa dikaitkan berminat menyempurnakan perpindahan Gerrard selepas dilantik selaku pengurus di Madrid pada awal musim panas ini.

Setakat ini, beliau berjaya mengikat kontrak dengan pemain tengah Jerman, Sami Khedira, pemain sayap Angel di Maria dan Pedro Leon serta pemain muda Racing Santander, Sergio Canales.

"Gerrard adalah sebahagian daripada sejarah Liverpool. Dia milik kelab itu dan amat penting buat mereka.

"Perkara sama berlaku apabila saya cuba membawa masuk Frank Lampard ke Inter Milan. Masalah timbul apabila kelab membeli pemain berusia 30 tahun dan tidak boleh dijual pada masa hadapan," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain