Marquez Buru Lebih Kejayaan Bersama Red Bulls - Sukan | mStar

Marquez Buru Lebih Kejayaan Bersama Red Bulls

PEMAIN baru New York Red Bulls, Rafael Marquez memberi jaminan kepada kelab dan peminatnya pada Selasa bahawa kehadiran ke Amerika Syarikat (AS) adalah untuk memenangi lebih banyak kejuaraan dan bukan menjadi petanda dia akan mula menutup tirai kariernya.

"Saya bukan berhijrah ke sini untuk menamatkan karier saya. Saya hanya berusia 31 tahun. Saya ke sini untuk beraksi dan membantu pasukan menjuarai Major League Soccer," kata kapten skuad kebangsaan Mexico itu.

Ketibaan Marquez di New York melengkapkan perpindahan tiga nama besar yang dikehendaki Red Bulls.

Dia akan bergandingan bersama Juan Pablo Angel dan dan Thierry Henry yang menyertai kelab itu bulan lalu.

Selepas menghabiskan tempoh selama tujuh tahun bersama kelab gergasi Sepanyol, Barcelona, Marquez akan memainkan peranan sebagai perancang tengah tetapi Pengurus Red Bulls, Hans Backe belum menyediakan jadual aksi pertamanya bersama kelab itu.

"Dia akan berperanan sebagai perancang tengah berbekalkan pengalamannya bersama Barca sebelum ini. Hari ini kami membawa pemain berpengalaman, mempunyai sifat kepimpinan dan berkualiti di padang," katanya.

Artikel Sebelum

Keputusan Perlawanan Liga Super

Artikel Berikut

Artikel Lain