suria

Vieira Terselamat Daripada Hukuman Gantung Perlawanan

PATRICK Vieira (gambar) mungkin tidak akan digantung daripada perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) walaupun dilayangkan kad merah pada aksi persahabatan menentang Inter Milan minggu lalu.

Vieira menerima kad merah pada separuh masa pertama perlawanan yang berlangsung di Baltimore selepas pengadil Baldomero Toledo mendapati pemain tengah Perancis itu menyiku pemain pertahanan Inter, Marco Materazzi. Menurut laporan, pungutan kad itu boleh menyebabkan Vieira dilarang beraksi pada aksi pembukaan musim baru.

Namun jurucakap FA memberitahu Press Association Sport bahawa jika seseorang pemain dilayangkan kad merah pada perlawanan persahabatan, dia dilarang beraksi dalam perlawanan persahabatan seterusnya, bukan dalam perlawanan kompetitif.

“Jika di luar negara, ia bergantung sekiranya perkara itu dilaporkan kepada kami oleh penganjur FA. Dalam istilah umum, kami berhak untuk menghukum pemain dalam kes salah laku jika dirasakan perlu," katanya.

Jurucakap itu menegaskan, insiden yang melibatkan Vieira tidak termasuk dalam situasi kes tersebut.

Pembantu Pengurus City, Brian Kidd yakin keputusan menggantung Vieira dalam aksi pembukaan adalah tidak wajar dan terlalu keras.

"Vieira hanya mahu mendapatkan bola. Dia benar-benar tidak melihat pemain itu malah tidak berniat untuk berbuat demikian. Semoga semua akan menyedari bahawa insiden itu bukan disengajakan," jelasnya.

Artikel Sebelum

Torres Kekal Di Anfield

Artikel Berikut

Artikel Lain