suria

James Sertai Bristol City

James akan memperkuat Bristol City selama setahun.
James akan memperkuat Bristol City selama setahun.
James akan memperkuat Bristol City selama setahun.

NIAT Fulham untuk membawa masuk David James ke Craven Cottage akhirnya tidak kesampaian selepas penjaga gol England itu menandatangani kontrak selama setahun dengan Bristol City.

James bersetuju dengan kontrak itu selepas lulus ujian kesihatan di Ashton Gate pada pagi Jumaat.

Terdahulu, penjaga gol berusia 39 tahun itu masih mencari kelab baru sejak meninggalkan Portsmouth selepas tersingkir daripada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada penghujung kempen musim lalu.

Dia turut dikaitkan dengan perpindahan ke Celtic tetapi perbincangan dengan gergasi SPL itu gagal mencapai kata sepakat pada awal minggu ini.

Sunderland juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat James.

Bekas penjaga gol Watford dan Liverpool yang beraksi dalam tiga perlawanan Piala Dunia bersama England pada musim panas ini memberitahu dia keberatan untuk meninggalkan keluarganya di Exeter.

"Saya ada menerima tawaran daripada kelab EPL lain tetapi apa yang lebih penting buat saya adalah untuk beraksi bersama kelab yang sesuai dan demi kebahagian keluarga saya.

"Saya ada berbual dengan pengerusi Steve Lansdown dan saya teruja dengan misi kelab ini. Saya tahu kesemua rancangan mereka untuk mendapatkan stadium baru dan keinginan untuk menempah slot ke EPL," katanya.

Artikel Lain