suria

Raul Sarung Jersi Schalke 04

Raul bersama jersi baru ketika diperkenalkan kepada umum petang Rabu.
Raul bersama jersi baru ketika diperkenalkan kepada umum petang Rabu.
Raul bersama jersi baru ketika diperkenalkan kepada umum petang Rabu.

PENYERANG sensasi Real Madrid, Raul yang meninggalkan Santiago Bernabeu selepas 16 musim memperkuat pasukan itu menandatangani kontrak bersama Schalke pada usia 33 tahun.

Raul yang menjaringkan 323 gol dalam 741 penampilan bersama Real cuba menyelamatkan kariernya selepas gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama kelab gergasi Sepanyol itu.

"Kehadiran Raul membawa khabar gembira buat Schalke 04. Saya gembira kerana berjaya mendapat sentuhan pemain berkelas dunia untuk beraksi dalam Bundesliga. Dia menjadi aset utama untuk memantapkan pasukan musim ini," kata Pengurus Felix Magath.

Schalke menamatkan kempen Bundesliga musim lalu di tempat kedua sekaligus melayakkan diri ke aksi Liga Juara-Juara Eropah tahun ini.

Raul diperkenalkan kepada umum petang Rabu dan memberitahu dia memerlukan perbualan sekali saja dengan pengurus baru Real, Jose Mourinho untuk menyakinkan beliau supaya membenarkannya meninggalkan Bernabeu.

"Mulai saat itu, saya hanya menunggu cabaran baru bersama Schalke. Era kegemilangan bersama Real Madrid sudah berakhir. Bagi saya, Jerman mempunyai liga terbaik di dunia," katanya.

Rainy Gelsenkirchen merupakan stadium baru yang perlu diterokai Raul dalam usaha untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan dan persekitaran yang jauh berbeza berbanding di Bernabeu.

Schalke memenangi kejuaraan Bundesliga buat kali terakhir pada 1958 dan pernah menduduki tempat kedua selama tiga kali.

Namun, Raul meraih enam kejuaraan La Liga dan tiga trofi kejuaraan Eropah bersama kelab yang disertainya sejak berusia 17 tahun.

Artikel Lain