suria

Paralimpik: Lei Liu Cipta Dua Rekod Baru Dunia

KUALA LUMPUR: Atlet China, Lei Liu amat teruja apabila memecahkan dua rekod dunia dalam kategori lelaki bawah 67.50kg pada Kejohanan Powerlifting Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa(IPC) yang berlangsung di Stadium Titiwangsa di sini pada Selasa.

Lei memecahkan rekod dunia kategori 67.50kg yang dipegang atlet Mesir, Matha Metwaly dan juga memecahkan rekod remaja dunia yang dipegangnya 207.50kg.

Bagi 67.05kg, Lei berjaya mengangkat 223.00kg dalam cubaan ketiga iaitu lebih 0.5kg daripada rekod yang dipegang Metwaly pada Sukan Paralimpik Busan 2002.

Dalam rekod remaja dunia 207.50kg, beliau menambah 16kg lagi untuk memecahkan rekod yang dibuatnya pada Kejohanan IPC Kunming pada 2007.

"Saya layak menang dan mencipta rekod baru kerana saya telah berlatih bersungguh-sungguh untuk kejayaan ini," kata Lei melalui penterjemah kepada Bernama.

Ali Hosseini dari Iran meraih pingat perak selepas berjaya mengangkat 217.50kg, manakala Shabaan Ibrahim dari Mesir memenangi pingat gansa dengan catatan 207.50kg. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain