suria

Larian Media 1Malaysia-NPC 2010

KUALA LUMPUR: Orang awam dan semua anggota media dijemput menyertai Larian Media 1Malaysia-Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) 2010 di sini pada 1 Ogos ini.

Presiden NPC Datuk Ahirudin Atan berkata larian sejauh 5km itu bertujuan memupuk semangat keakraban serta menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan anggota media dan orang awam.

"Larian itu juga menawarkan hadiah wang tunai dan pingat kepada pemenang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Setiap peserta dikenakan bayaran masuk RM10 dan setiap peserta akan menerima sehelai baju-T dan beg cenderahati.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan di rumah kelab NPC di No.84, Jalan Tangsi di sini atau menghubungi Aftar Singh di talian 016-245 3839, Muharyani Othman (012-285 9647) atau Norul Huzanna (017-311 0187).

Borang lengkap perlu dihantar ke rumah kelab NPC atau e-mel ke alamat nationalpressclub.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain