Argentina Tawar Kontrak Empat Tahun Kepada Maradona

Khidmat Maradona masih diperlukan dalam skuad Argentina.
Khidmat Maradona masih diperlukan dalam skuad Argentina.
Khidmat Maradona masih diperlukan dalam skuad Argentina.

DIEGO Maradona akan ditawarkan kontrak selama empat tahun selaku ketua jurulatih Argentina.

Persatuan Bola Sepak Argentina mengumumkan rancangan berkenaan dan Presiden AFA, Julio Grondona akan bertemu legenda bola sepak dunia berusia 49 tahun itu, minggu depan.

Jika dia menerima tawaran itu, Maradona sekali lagi berpeluang mengemudi Argentina dalam aksi Piala Dunia 2014 yang akan berlangsung di Brazil.

Jawatankuasa Eksekutif AFA bertemu untuk membincangkan masa depan Maradona dan menentukan sama adalah dia calon tepat untuk kekal mengemudi pasukan itu.

Grondona mahu bertemu dengan Maradona selewat-lewatnya Rabu minggu depan untuk membincangkan lanjutan kontrak pengurus berusia 49 tahun itu.

Sepanjang kariernya selaku pemain bola sepak dia membantu Argentina menjuarai Piala Dunia 1986 di Mexico tetapi pelantikannya sebagai jurulatih pada 2008 mencetuskan kontroversi.

Dia tidak mempunyai pengalaman luas dalam bidang kejurulatihan dan berdepan pelbagai masalah peribadi dalam kariernya sebelum bersara sebagai pemain bola sepak.

Maradona membawa Argentina melangkah ke Piala Dunia 2010 menerusi gol kemenangan dalam perlawanan kelayakan akhir menentang Uruguay.

Di Afrika Selatan, Argentina dianggap sebagai pencabar utama untuk menjulang trofi terulung dunia itu sebelum tewas kepada Jerman dalam kelompok lapan terakhir.

"Saya mungkin bersara esok. Kita tunggu dan lihat saja apa yang akan berlaku. Saya belum membuat keputusan untuk bersara dan akan berbincang dengan keluarga dan semua pemain. Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan," katanya sejurus selepas kekalahan itu.

Rakan terdekat kepada Maradona memberitahu dia amat kecewa dengan kekalahan itu walaupun menerima sokongan daripada beberapa pemain termasuk Gabriel Heinze, kapten Javier Mascherano dan Lionel Messi.

Maradona yang bergelut dengan masalah ketagihan dadah, obesiti dan alkohol membuat penampilan semula dengan skuad kebangsaan Argentina dan menjadikannya lebih diingati berbanding pencapaian peribadinya.

Peminatnya akan kekal setia tidak kira sama ada Maradona meneruskan kariernya sebagai pengurus ataupun memilih untuk bersara bagi menumpukan perhatian kepada keluarga.

"Saya mahu beliau menjadi juara sekali lagi kerana dia layak. Saya tahu beliau bukanlah pengurus terhebat tetapi pasukan memerlukan semangat dan keajaiban yang dibawanya," kata Alberto Blanco.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain