suria

Henry Tinggalkan Barca, Sarung Jersi Red Bulls

Henry akan beraksi dalam perlawanan pertama bersama Red Bulls minggu depan.
Henry akan beraksi dalam perlawanan pertama bersama Red Bulls minggu depan.
Henry akan beraksi dalam perlawanan pertama bersama Red Bulls minggu depan.

PENYERANG Perancis, Thierry Henry menamatkan kontraknya bersama Barcelona untuk mengikut jejak langkah bekas pemain Manchester United David Beckham ke Major League Soccer (MLS) dengan menyertai New York Red Bulls.

Semalam, pemain berusia 32 tahun itu mengumumkan bahawa dia bersetuju untuk meninggalkan Barca dan menandatangani kontrak bersama Red Bulls.

"Ia merupakan babak baru dalam kehidupan dan karier saya," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan itu.

Henry dijangka beraksi pada perlawanan pertamanya minggu depan apabila Red Bulls melayan kunjungan Tottenham Hotspur di stadium baru mereka.

"Tidak dinafikan Thierry Henry adalah pemain hebat dan dikenali umum sepanjang tempoh 15 tahun. Kami berbangga kerana dia membuat keputusan untuk berpindah ke New York dan memperkuat Red Bulls musim depan," kata Ketua Pemilik Red Bull Global Soccer New York, Dietmar Beiersdorfer.

Red Bulls telah berpindah ke sebuah stadium baru di New Jersey tetapi belum memenangi gelaran juara MLS dan meletakkan harapan tinggi untuk melakukan kejutan pada musim baru dengan kehadiran Henry.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain