suria

Torres Berehat Tiga Minggu

MENURUT laporan di Sepanyol, penyerang Liverpool, Fernando Torres (gambar) akan diketepikan sekurang-kurangnya tiga minggu.

Pemain berusia 26 tahun itu mengalami kecederaan ketika diturunkan pada saat akhir menentang Belanda dalam aksi final Piala Dunia sekali gus menimbulkan kebimbangan dia akan diketepikan pada kempen pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Torres dilaporkan menjalani imbasan MRI di sebuah pusat perubatan di Madrid semalam.

Keputusan pemeriksaan itu mendapati dia menanggung kecederaan hamstring dan memaksanya berehat selama 20 hari.

Keputusan pemeriksaan yang dilakukan kakitangan perubatan Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) akan dihantar kepada Liverpool.

Laporan itu sedikit sebanyak mengesahkan bahawa kecederaan itu tidak begitu serius dan dia akan kembali memperkuat The Red pada aksi pembukaan EPL menentang Arsenal di Anfield bulan depan.

Artikel Sebelum

Silva Kini Milik City

Artikel Berikut

Artikel Lain