suria

Permulaan Baik Pelayar Malaysia Di Turki

LANGKAWI: Pasangan Khairunisa Mohd Afendy dan Ameira Izla Zulkifli bermula baik apabila mendahului keseluruhan kelas International 420 pada International Sailing Federation (ISAF) Volvo Remaja Dunia 2010 di Istanbul, Turki, selepas menamatkan pusingan kedua.

Pasangan itu bagaimanapun perlu memperbaiki persembahan mereka jika mahu terus kekal sebagai pendahulu, kata Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mohd Afendy Abdullah.

Dalam e-melnya kepada Bernama di sini hari ini, Mohd Afendy berkata dalam kelas Laser Radial lelaki pula, Khairulnizam Mohd Afendy menduduki tangga ke-15 selepas perlumbaan kedua manakala pelayar pelapis negara Nur Amirah Hamid di tangga ke-35.

Khairulnizam, 18, yang sedang memburu tempat untuk disenarai ke Sukan Asia 2010 di China pada penghujung tahun ini dalam kelas Laser Standard, akan menyertai Kejohanan Laser Radial Dunia di Scotland selepas tamat kejohanan di Turki.

Artikel Sebelum

Silva Kini Milik City

Artikel Berikut

Artikel Lain