Perhalusi Syarat Wajibkan Penglibatan Dalam Sukan Untuk Layak Ke IPT - Sukan | mStar

Perhalusi Syarat Wajibkan Penglibatan Dalam Sukan Untuk Layak Ke IPT

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) dalam menyokong usaha kerajaan mewajibkan penglibatan bidang sukan bagi melayakkan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), mahu syarat itu diperhalusi.

Ketua Pengarahnya Datuk Zolkples Embong berkata perkara ini harus diperhalusi bagi memudahkan pelajar melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Syarat baru itu "akan memberikan satu ruang yang lebih kepada para pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang sukan dan seterusnya melayakkan diri ke universiti," katanya kepada Bernama selepas merasmikan mesyuarat agung dwitahunan Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong dalam akhbar tempatan semalam yang menyatakan kementerian memutuskan menjadikan sukan sebagai syarat wajib memasuki universiti awam dan akan dilaksanakan dengan sistematik secara beransur-ansur di semua sekolah mulai tahun depan.

Sementara itu, Ahmad Khawari Mohd Isa, Ketua Kakitangan Astro Arena mengekalkan jawatannya sebagai Presiden SAM bagi penggal 2010-2012 dalam pemilihan badan itu hari ini.

Jawatan Timbalan Presidennya dimenangi Pengarang Sukan Akhbar Kosmo, Asan Ahmad, sementara jawatan Naib Presiden kini disandang Pengarang Sukan The Star Eric Samuel dan Pengarah Sukan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Nor Ismadi Manap, manakala jawatan Setiausaha Agung disandang penerbit Astro Arena Faisal Jamal.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Piala Dunia 2010:Forlan, Mueller Terbaik

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain