Penyerang Jerman, Uruguay Idam Hadiah Saguhati - Sukan | mStar

Penyerang Jerman, Uruguay Idam Hadiah Saguhati

GELARAN penjaring gol terbanyak Piala Dunia 2010 terletak pada perlawanan penghabisan di antara Jerman dan Uruguay dan menjadi peluang keemasan buat penyerang kedua-dua pasukan dalam perlawanan penentuan tempat ketiga malam ini.

Perlawanan ini dikatakan mampu mengembalikan reputasi dan sebagai hadiah saguhati penuh bermakna buat pemain Jerman, Thomas Muller dan Miroslav Klose, serta pemain Uruguay, Diego Forlan yang masing-masing menjaringkan sebanyak empat gol sebelum ini.

Klose, yang berdepan dengan kecederaan bahagian belakang hanya memerlukan satu sahaja jaringan di Porth Elizabeth bagi menyamai rekod pemain Ronaldo yang menjaringkan sebanyak 15 gol pada peringkat akhir Piala Dunia.

"Saya mahu menang dalam perlawanan menentang Uruguay. Walaupun saya tidak menjaringkan gol, kemenangan malam ini adalah yang paling penting.

"Saya tidak pasti sama ada saya saya akan menyamai rekod yang dicipta Ronaldo dan saya tidak kisah tentang itu. Saya lebih berminat kepada apa yang patut kami lakukan sebagai satu pasukan," kata Klose.

Bagi pasukan Uruguay pula, mereka melihat perlwanan ini sebagai perlawanan yang serius walaupun pasukan itu tersenarai sebagai pasukan terbaik Amerika Selatan dalam perlawanan ini.

Penyerangnya, Luis Suarez yang menjadi pemain paling kontroversi pada perlawanan Piala Dunia 2010 setelah tewas kepada Ghana pada saat-saat akhir dan menyebabkan mereka tersingkir daripada beraksi di peringkat separuh akhir mahu menebus maruah Uruguay dalam perlwanan malam ini.

"Bagi pasukan ini, Piala Dunia 2010 belum berakhir. Apa yang perlu kami lakukan sekarang ialah bermain bermati-matian untuk menang tempat ketiga," kata Suarez.

Mengulas kenyataan Suarez, jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez tidak menafikan bahawa kedudukan tempat ketiga dan keempat tidak sama dengan kedudukan dua teratas.

"tetapi kami akan memberikan komitmen yang sama seperti kami bermain dengan pasukan Belanda.

"Cabaran bagi Uruguay adalah menamatkan perlawanan tempat ketiga dengan pasukan ini memenanginya. Saya mengenali pasukan Jerman dan mereka pastinya akan menyukarkan laluan kami. jadi, kami perlu bertarung habis-habisan untuk menang," katanya.

Pasukan Jerman akan bertemu pasukan Uruguay pada pukul 2.30 pagi Ahad bagi perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain