suria

Mandela Tertekan Akibat Permintaan FIFA

CUCU lelaki kepada Nelson Mandela (gambar) mengakui Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memberi tekanan keterlaluan terhadap bekas Presiden Afrika Selatan itu untuk menghadiri final Piala Dunia 2010, awal pagi esok.

Mandla Mandela berkata, badan pentadbir bola sepak dunia itu tidak memahami tradisi dan adat keluarga mereka.

Cicitnya, Zenani Mandela meninggal dunia dalam kemalangan kereta pada sambutan pembukaan Piala Dunia bulan lalu dan Mandla Mandela menerangkan keluarganya masih berkabung di atas kematian itu.

"Keluarga kami tidak menyertai sebarang aktiviti dan masih berkabung dengan kematian Zenani. Jadi kami menerima tekanan daripada FIFA yang meminta datuk saya untuk hadir ke final.

"Namun, saya percaya keputusan terletak di tangannya. Mereka (FIFA) memberitahu Presidennya, Sepp Blater amat berharap datuk saya hadir dalam perlawanan kemuncak itu," katanya dalam wawancara bersama Radio BBC.

Menurut Mandla, mereka (FIFA) hanya fokus terhadap ikon dunia di stadium dan tidak memberi perhatian mengenai tradisi dan adat masyarakat lain.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain