Malaysia Raih Kemenangan Pada Kejohanan Bola Jaring Di Delhi - Sukan | mStar

Malaysia Raih Kemenangan Pada Kejohanan Bola Jaring Di Delhi

NEW DELHI: Juara bertahan Malaysia menewaskan Sri Lanka untuk muncul juara edisi ke-7 Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia di sini, pada Sabtu.

Pemain Malaysia yang kelihatan begitu bersemangat menumpaskan pasukan Sri Lanka dengan jaringan hebat 63-39 (16-7, 19-10, 14-13, 14-9).

Ini merupakan kemenangan keempat berturut-turut bagi pasukan remaja Malaysia sejak lapan tahun lepas.

"Kami bermain dengan baik sebagai satu pasukan hari ini dan berjaya menghalang pasukan Sri Lanka daripada membuat jaringan. Kejayaan mendahului seawal suku masa pertama permainan memberi kami lebih keyakinan," kata jurulatih Malaysia Choo Kon Lee kepada Bernama selepas tamat perlawanan.

Bermain di Kompleks Sukan Thyagaraj yang baru dibina di Delhi, pasukan Malaysia melangkah ke perlawanan akhir dengan penuh keyakinan selepas menewaskan pasukan tuan rumah India di peringkat separuh akhir.

Singapura yang kalah kepada Sri Lanka semalam, menduduki tempat ketiga selepas menumpaskan India 56-38.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India Datuk Tan Seng Sung menyempurnakan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang.

Pasukan remaja itu telah memenangi kejohanan sama pada 2004 (Sri Lanka), 2006 (India) dan 2008 (Hong Kong). -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain