suria

Mew Choo, Jing Ying Mara Ke Suku Akhir

JOHOR BAHARU: Pemain badminton kebangsaan Wong Mew Choo dan Tee Jing Yi melayakkan diri ke perlawanan suku akhir setelah menumpaskan lawan masing-masing dalam acara perseorangan wanita Kejohanan Badminton Grand Prix Terbuka Malaysia di sini semalam.

Mew Choo menang selesa ke atas pemain Hong Kong Mong Kwan Yi 21-14, 21-11 dalam masa 29 minit manakala Jing Yi pula melakukan upset 21-18, 9-21, 21-19 ke atas pemain Macau, Wang Rong dalam masa 39 minit.

Mew Choo akan bertemu pilihan kelapan Chan Tsz Ka dari Hong Kong yang menang 21-19, 9-21, 21-18 ke atas Porntip Buranaprasertsuk dari Thailand.

Jing Yi pula akan berdepan pilihan ketiga Yip Pui Yin dari Hong Kong yang mengalahkan pemain Malaysia Lydia Cheah Li Ya 21-11, 21-19.

Sementara itu, pilihan utama Pi Hongyan dari Perancis yang mengalahkan Xing Aiying dari Singapura 21-17, 16-21, 21-15, akan bertemu pilihan kelima Salakjit Ponsana dari Thailand, yang menumpaskan Maria Kristin Yulianti dari Indonesia 13-21, 21-17, 21-18.

Pemain Jepun Misaki Matsutomo yang mengetepikan pemain Perancis Shashina Vignes Waran 21-13, 13-21, 21-15, akan bertemu pilihan kedua Zhou Mi dari Hong Kong. - BERNAMA

Artikel Lain