Jovanovic Sarung Jersi Liverpool - Sukan | mStar

Jovanovic Sarung Jersi Liverpool

PENYERANG Serbia, Milan Jovanovic (gambar) akhirnya menyempurnakan perpindahan ke Liverpool dengan menandatangani kontrak selama tiga tahun.

Pemain berusia 29 tahun itu sudah tamat kontrak bersama Standard Liege pada hujung kempen musim lalu dan perpindahan itu diatur bekas pengurus The Reds, Rafael Benitez sebelum dia berhijrah ke Inter Milan bulan lalu.

Walaupun timbul beberapa khabar angin melaporkan Benitez cuba mengemukakan bidaan saat akhir untuk membatalkan tawaran terdahulu Liverpool, Jovanovic sentiasa yakin dia akan menyarung jersi pasukan itu dan ia kini menjadi kenyataan.

Jovanovic yang menjaringkan gol kemenangan mengejut ke atas Jerman bulan lalu, bertemu dengan rakan sepasukan barunya di Melwood, semalam.

Dia boleh beraksi di bahagian hadapan atau sayap dan memberi bantuan kepada penyerang Fernando Torres atau mengisi posisi yang ditinggalkan Yossi Benayoun ke Chelsea.

"Ia adalah satu penghargaan buat saya untuk menyertai kelab terbesar dalam bola sepak," kata pemain terbaik Belgium 2008 itu.

Artikel Sebelum

Jadual Piala Dunia 2010

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan