suria

Kien Keat/Boon Heong Mara Ke Pusingan Kedua

JOHOR BAHARU: Beregu utama Malaysia Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mara ke pusingan kedua selepas berjaya mengalahkan pasangan senegara Goh Sze Onn/Tan Wee Tat 21-10 21-12 dalam Kejohanan Badminton Grand Prix Terbuka Malaysia di Stadium Bandaraya di sini hari ini.

Mereka akan bertemu satu lagi pasangan Malaysia Ow Yao Han/Yew Hong Kheng yang menang tanpa bertanding di pusingan pertama selepas beregu Ghana, Daniel Nii A. Aryeetey/Nyarko Solomon Mensah menarik diri.

Pilihan ketujuh pasangan Malaysia Chan Peng Soon/Lim Khim Wah, yang menewaskan Naoki Kawamae/Shoji Sato dari Jepun 21-16, 21-18, akan bertemu pasangan senegara Mak Hee Chun/Tan Wee Kiong yang mengalahkan pemain Indonesia Tri Kusuma Wardana/Komang Sandy Wijaya 21-15, 21-9.

Beregu Malaysia yang turut mara adalah pilihan kelima Choong Tan Fook/Lee Wan Wah; Nelson Heg Wei Keat/Teo Ee Yi; pilihan keenam Gan Teik Chai/Tan Bin Shen; Chooi Kah Ming/Pang Zheng Lin; dan Hoon Thien How/Ong Soon Hock.

Beregu lain adalah pilihan ketiga Alvent Yulianto Chandra/Hendra Aprida Gunawan; Fernando Kurniawan /Wifqi Windarto; Angga Pratama/Rian Agung Saputro; Candra Wijaya/Luluk Hadiyanto; Hendra Setiawan/Markis Kido yang kesemuanya pasangan dari Indonesia; Liu Yi/Terry Yeo Zhao Jiang dari Singapura; pilihan kelapan Yohan Hadikusumo Wiratama/Wong Wai Hong dari Hong Kong.

Pusingan kedua perlawanan beregu lelaki akan diadakan lewat petang ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain