suria

Jurulatih Dan Dua Atlet Judo Sertai Kem Remaja Asia Di Bangkok

KUALA LUMPUR: Persekutuan Judo Malaysia akan menghantar seorang jurulatih dan dua atlet judo negara ke Kem Judo Remaja Asia di Bangkok dari 17 hingga 30 Julai ini.

Setiausaha eksekutif persekutuan itu, I. Mariappan, berkata ia akan memberi pendedahan dan pengalaman kepada skuad negara yang akan menyertai Kejohanan Terbuka Antarabangsa Taiwan pada dari 19 hingga 23 Ogos nanti.

Mereka yang akan dihantar ke Bangkok ialah jurulatih Othman Mohd Nizam dan atlet Muhammad Ruzaini Abdul Razak dan Esther Tam Shu Hui, katanya kepada Bernama di sini, pada Khamis.

Kedua-dua atlet berkenaan kini menjalani latihan di Sekolah Sukan Bandar Penawar di Johor.

Mariappan berkata Malaysia tidak akan menghantar pasukan judo ke Sukan Komanwel di New Delhi pada Oktober dan Sukan Asia di Guangzhou,China pada November kerana acara itu tidak dipertandingakan di Sukan Komanwel manakala tiada atlet judo negara layak ke Sukan Asia. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain