Felda United Perlu Menang Semua Baki Perlawanan - Sukan | mStar

Felda United Perlu Menang Semua Baki Perlawanan

KUALA LUMPUR: Felda United tidak mempunyai pilihan kecuali memungut mata penuh pada baki tiga perlawanan Liga Perdana sebelum mengesahkan gelaran juara liga musim ini.

Felda United mengorak langkah dengan menentang pencabar terdekat PKNS Selangor esok di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, di sini sebelum melengkapkan jadual menentang Harimau Muda pada 16 Julai dan Tentera (ATM) pada 23 Julai ini.

Bagaimanapun, laluan Felda United meraih gelaran juara musim ini masih samar berikutan kedudukan pendahulu liga itu hanya dipisahkan dengan satu mata dengan pasukan PKNS di tangga kedua.

Felda United memiliki 43 mata setakat ini dan perlu mengumpul tiga mata penuh dalam baki perlawanan bagi menyingkirkan PKNS daripada saingan merebut gelaran juara dan menempah tempat ke Liga Super musim depan.

"Kita perlu menang jika ingin julang Piala Perdana musim ini dan mencapai hasrat beraksi pada Liga Super dan Piala Malaysia nanti," kata penolong pengurus pasukan Faisal Zakaria semalam.

Mengikut peraturan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hanya tiga pasukan teratas pada saingan Liga Perdana dipelawa menyertai Liga Super pada musim depan.

Faisal yakin dengan persiapan barisan pemainnya serta mempunyai azam yang tinggi untuk mencapai matlamat menjadi johan liga sekaligus layak buat julung kali ke Liga Super musim depan.

Keyakinan pasukan itu bertambah dengan kehadiran semula penyerang Amir Shahreen Abdul Mubin yang baru pulih daripada kecederaan lutut. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Choong Hann, Hafiz Bertemu Di Suku Akhir

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain