suria

Choong Hann, Hafiz Bertemu Di Suku Akhir

JOHOR BAHRU: Pemain pilihan keempat Wong Choong Hann akan bertemu pemain pilihan keenam Muhammad Hafiz Hashim pada perlawanan suku akhir perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Grand Prix Terbuka Malaysia di sini.

Choong Hann memastikan tempat ke suku akhir selepas menewaskan pemain Hong Kong Wei Nan 22-24, 21-6, 21-17.

Hafiz pula menewaskan pemain Indonesia Fauzi Adnan 21-10, 21-11 bagi menempah tempat ke suku akhir.

Sebagaimana dijangka, pemain pilihan pertama Datuk Lee Chong Wei melepasi pusingan ketiga untuk mara ke suku akhir dengan menewaskan pemain Hong Kong 21-18, 21-11.

Chong Wei akan bertemu Andre Kurniawan Tedjono yang menewaskan pemain Malaysia Chong Wei Feng 21-9, 21-9.

Pemain pilihan kedua Taufik Hidayat dari Indonesia turut mara apabila menewaskan pemain Malaysia Tan Chun Seang 23-21, 22-20 dan akan bertemu dengan pemain pilihan kelima dari Hong Kong, Hun Yun yang menewaskan seorang lagi pemain negara Krishnan Yogendran 21-12, 22-24, 21-16.

Pemain pilihan ketujuh Chan Yan Kit dari Hong Kong yang menewaskan pemain pilihan kesembilan Hans-Kristian Vittinghus dari Denmark 21-17, 21-12 pula akan bertemu Ajay Jayram dari India yang menewaskan Rasmus Fladberg 21-19, 21-18. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain