suria

Jerman Waspada Ancaman Sepanyol

Iniesta penggerak utama pasukan Sepanyol.
Iniesta penggerak utama pasukan Sepanyol.
Iniesta penggerak utama pasukan Sepanyol.

JERMAN menyifatkan lawannya pada aksi separuh akhir, Sepanyol adalah lebih merbahaya berbanding Argentina jika mengambil kira corak permainan mereka dalam satu pasukan, kata pengurus Joachim Loew.

Terdahulu, Jerman menewaskan Argentina 4-0 dalam kelompok lapan terakhir selepas merantai pergerakan penyerang Lionel Messi tetapi Loew memberitahu juara Euro 2008 itu ternyata jauh berbeza.

"Sepanyol adalah negara yang mengekalkan rekod terbaik sepanjang tempoh dua hingga tiga tahun ini. Mereka bukan saja mempunyai seorang Messi tetapi lebih ramai lagi.

"Ia dapat dilihat di bahagian serangan. Sepanyol bukan seperti England dan Argentina yang melakukan kesilapan. Jadi kami akan memaksa mereka membuat kesilapan," katanya.

Loew masih perlu mencari pengganti penyerang Tomas Mueller yang digantung perlawanan ketika bertemu Sepanyol untuk mengekang kemaraan Xavi dan Andres Iniesta sebagai nadi utama pasukan itu.

"Barisan tengah Sepanyol sentiasa menjadi. Namun Jerman pun tidak kurang hebatnya dengan kehadiran Sami Khedira dan Bastian Schweinsteiger. Jadi kami akan mencuri setiap peluang untuk mematahkan serangan lawan," tambahnya.

Khedira yang mengalami kecederaan otot paha pada aksi suku akhir akan diturunkan menentang Sepanyol, awal pagi Khamis ini.

Perkara yang merungsingkan Loew kini adalah kecederaan dialami penyerang Cacau tetapi menegaskan posisinya akan diambil alih Toni Kroos atau Piotr Trochowski.

Artikel Berikut

Artikel Lain