Bekas Juara Yupaporn Ketuai Cabaran Thailand Pada Kejohanan MLAO 2010 - Sukan | mStar

Bekas Juara Yupaporn Ketuai Cabaran Thailand Pada Kejohanan MLAO 2010

KUALA LUMPUR: Thailand akan menghantar 20 pemain termasuk bekas juara edisi 2008 Yupaporn Kawinpakorn untuk Kejohanan Golf Terbuka Wanita Amatur Malaysia (MLAO) di The Mines Resort & Golf Club di sini bulan depan.

Pengarah Eksekutif Persatuan Golf Wanita Malaysia (MALGA) Rabe'ahtul Aloya Abbas berkata lebih 12 negara akan mengambil bahagian pada kejohanan itu dari 3 hingga 5 Ogos ini.

"Afrika Selatan akan membuat penampilan sulung pada edisi kali ini," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Presiden MALGA Tunku Puteri Datuk Seri Jawahir Tuanku Ja'afar di sini, pada Isnin.

Terdahulu itu, Tunku Puteri Jawahir berkata memandangkan sambutan luar dugaan, mereka terpaksa menolak banyak permohonan dan menetapkan peserta kepada 120 sahaja termasuk 40 pemain tempatan.

Harapan Malaysia disandarkan kepada juara bertahan Michelle Koh serta pemain utama lain seperti Iman Datuk Nordin dan Aretha Pan.

Tunku Puteri Jawahir berkata mereka juga memberi peluang kepada pemain muda beraksi pada tahun ini iaitu Kellie Kan, 12, Siti Zulaikha Shaari, 11 dan Sarfina Vinota Sreetharan, 14.

Beliau mengumumkan bahawa kelab itu akan menjadi tuan rumah kejohanan tahunan itu untuk dua tahun akan datang.

Sementara itu, Michelle, pemain negara kedua menjuarai kejohanan itu selepas Lim Ai Lian sebanyak empat kali berturut-turut sejak 1997, berkata beliau cukup bersedia untuk mempertahankan kejuaraan kali ini.

"Bagaimanapun, saya menjangka saingan sengit dari pemain Thailand," kata pemain berusia 19 tahun itu yang belajar dan berlatih di Amerika Syarikat. - BERNAMA

Artikel Berikut

Chen Pertahan Gelaran Malaysia Senior

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain