suria

Villa Berpeluang Muncul Penjaring Terbanyak

Villa sentiasa mempamerkan serangan berbisa kepada pasukan lawan.Foto REUTERS
Villa sentiasa mempamerkan serangan berbisa kepada pasukan lawan.Foto REUTERS
Villa sentiasa mempamerkan serangan berbisa kepada pasukan lawan.Foto REUTERS

ANUGERAH Kasut Emas semakin hampir menjadi milik penyerang Sepanyol, David Villa selepas mengatasi pencabar lain dengan lima gol setakat ini.

Gol kelimanya itu dijaringkan ketika menewaskan Paraguay 1-0 pada aksi suku akhir di Ellis Park awal pagi kelmarin.

Villa dilihat berpeluang menambah jaringannya apabila Sepanyol bertemu Jerman pada aksi separuh akhir di Durban awal pagi Khamis ini.

Bekas penyerang Valencia yang menjaringkan 43 gol daripada 63 penampilan bersama Sepanyol hanya memerlukan satu gol lagi unyuk menyamai rekod Raul.

Raul muncul penjaring terbanyak negara itu apabila meledak 44 gol sepanjang 102 perlawanan di peringkat antarabangsa.

Untuk rekod Piala Dunia, bekas penyerang Valencia itu sudah mencipta nama dalam lipatan sejarah bola sepak dunia apabila menjaringkan lapan gol, mengatasi pencapaian empat legenda Sepanyol, Emilio Butragueno, Fernando Hierro, Fernando Morientes dan Raul.

Keempat-empat pemain itu sekadar menjaringkan lima gol.

Artikel Lain