suria

Suarez Terlepas Hukuman Berat

Suarez hanya digantung perlawanan bertemu Belanda awal pagi Rabu ini.
Suarez hanya digantung perlawanan bertemu Belanda awal pagi Rabu ini.
Suarez hanya digantung perlawanan bertemu Belanda awal pagi Rabu ini.

PENYERANG Uruguay, Luis Suarez hanya digantung satu perlawanan kerana menampan bola menggunakan tangannya ketika bertemu Ghana Sabtu lalu.

Tindakan Suarez itu menyebabkan dia dilayangkan kad merah selepas cuba menghalang pemain Ghana membolosi gawang Uruguay pada masa tambahan.

Ghana dihadiahkan penalti tetapi pemainnya, Asamoah Gyan gagal menyempurnakan penalti sekali gus memberi laluan kepada Uruguay untuk melangkah ke separuh akhir Piala Dunia menerusi kemenangan 4-2 penentuan penalti.

Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebelum ini akan mempertimbangkan sama ada untuk menggantung Suarez hingga dua perlawanan yang akan menyaksikannya terlepas aksi separuh akhir dan final atau penentuan tempat ketiga dan keempat.

Namun Uruguay kini boleh menarik nafas lega apabila dia hanya digantung satu perlawanan ketika bertemu Belanda, awal pagi Rabu ini.

Artikel Lain