suria

Ronaldo Bergelar Bapa Kepada Bayi Lelaki

Ronaldo mahu identiti ibu kepada anaknya dirahsiakan.
Ronaldo mahu identiti ibu kepada anaknya dirahsiakan.
Ronaldo mahu identiti ibu kepada anaknya dirahsiakan.

KAPTEN Portugal, Cristiano Ronaldo mengumumkan semalam bahawa dia bergelar bapa kepada seorang bayi lelaki manakala identiti wanita yang melahirkan bayi itu tidak diketahui.

"Saya berasa gembira untuk mengumumkan bahawa saya sudah bergelar bapa kepada seorang bayi lelaki baru-baru ini.

"Atas kehendak ibu kepada bayi itu yang mahu identitinya dirahsiakan, anak lelaki saya akan berada dibawah jagaan eksklusif saya," kata pemain termahal di dunia itu dalam laman Facebooknya.

Pemain sayap Real Madrid itu berkata, tiada butiran lanjutan akan didedahkan dan meminta sesiapa saja menghormati privasinya.

Ronaldo mengetuai Portugal ketika kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan yang berakhir dengan kekalahan 0-1 kepada negara jiran, Sepanyol pada pusingan kedua, Selasa lalu.

Pemain berusia 25 tahun itu berpindah ke Real Madrid dari Manchester United dengan rekod perpindahan bernilai 90 juta pound (RM439.87 juta) tahun lalu.

Dia beraksi dalam empat perlawanan bersama Portugal dan menjaringkan satu gol.

Artikel Lain