suria

Lorenzo Kuasai Litar Catalunya

Lorenzo meraikan kejayaannya di Grand Prix Catalunya. Foto REUTERS
Lorenzo meraikan kejayaannya di Grand Prix Catalunya. Foto REUTERS
Lorenzo meraikan kejayaannya di Grand Prix Catalunya. Foto REUTERS

PELUMBA dari Sepanyol, Jorge Lorenzo meneruskan penguasaannya selaku pendahulu kejuaraan dunia selepas muncul juara dalam saingan MotoGP Catalunya, semalam.

Lorenzo menamatkan saingan lima minit di depan pencabar terdekat, Dani Pedrosa yang mengetepikan cabaran Casey Stoner dari Australia untuk menduduki tempat kedua.

Pelumba Yamaha itu mengumpul 165 mata selepas tujuh perlumbaan, lima daripadanya selaku juara dan lebih 52 mata berbanding Pedrosa.

Andrea Dovizioso dari Itali yang memberikan tentangan sengit untuk tempat pertama sebelum terjatuh sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-14 dengan 91 mata.

Juara Valentino Rossi yang sedang memulihkan kecederaan serius di kakinya tergelincir ke tangga ketujuh dengan 61 mata.

"Ia perlumbaan yang sukar, sengit dan memenatkan. Saya berdepan masalah utama di bahagian tayar.

"Andrea Dovizioso sentiasa memberikan cabaran dan saya menjangka ia akan berterusan. Namun saya berpuas hati kerana berjaya menguasai perlumbaan di litar ini," katanya.

Artikel Lain