suria

Serena Jumpa Zvonareva Di Final

Serena berjaya menewaskan Kvitova di peringkat separuh akhir tenis Wimbledon, semalam. - Foto AP
Serena berjaya menewaskan Kvitova di peringkat separuh akhir tenis Wimbledon, semalam. - Foto AP
Serena berjaya menewaskan Kvitova di peringkat separuh akhir tenis Wimbledon, semalam. - Foto AP

PEMAIN pilihan utama kejohanan dan juara bertahan, Serena William menempah tiket ke pusingan final Wimbledon buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Petra Kvitova 7-6(5), 6-2.

Williams yang berusaha untuk mempertahankan gelaran juara Wimbledon keempat akan bertemu pemain pilihan ke-21 dari Rusia, Vera Zvonareva, esok.

"Saya terpaksa bekerja keras. Saya tidak menyasarkan untuk berada hingga ke peringkat ini pada permulaan saingan. Saya bersyukur kerana masih meneruskan perjuangan dalam kejohanan ini," katanya.

Kvitova tidak pernah menjuarai mana-mana kejohanan di gelanggang rumput sepanjang kariernya.

Namun, pemain berusia 20 tahun itu bermula dengan yakin dan mengumpul break point pada permainan pertama.

Walaupun, servis Wiliams membantunya kekal dalam permainan, Kvitova memperoleh lebih banyak break point dalam permainan kelima di saat pemain kelahiran Amerika Syarikat itu bergelut membalas pukulan pemain kidal tersebut.

Artikel Sebelum

Van Persie Dibawa Ke Hospital

Artikel Berikut

Artikel Lain