suria

Nakamura Gantung But Bersama Jepun

PEMAIN tengah, Shunsuke Nakamura (gambar) memutuskan untuk bersara daripada karier bola sepak antarabangsa selepas Jepun tersingkir pada peringkat kalah mati Piala Dunia 2010.

Nakamura sentiasa memanaskan bangku simpanan sepanjang perlawanan itu dan tidak akan memperkuat Blue Samurai dalam tempoh empat tahun akan datang.

"Ini tugas antarabangsa terakhir saya. Saya mahu mencipta sejarah dalam Piala Dunia tetapi kempen kali ini amat mengecewakan. Saya sentiasa diletakkan di bangku simpanan. Mungkin itu adalah takdir," kata bekas bintang Celtic itu.

Pemain berusia 32 tahun itu melakukan penampilan pertama bersama Jepun ketika menentang Singapura dalam kelayakan Piala Asia pada Februari 2000.

Pengguguran Nakamura daripada skuad kebangsaan ketika Piala Dunia 2002 di tempat sendiri menimbulkan kontroversi tetapi pemain tengah itu melakukan 98 penampilan di peringkat antarabangsa dengan meledak 24 gol.

Artikel Sebelum

Van Persie Dibawa Ke Hospital

Artikel Berikut

Artikel Lain