suria

Ghana Perlu Kekang Forlan, Suarez

Suarez (kanan) dan pemain tengah Uruguay, Alvaro Pereira menjalani latihan di Stadium GWK Park, Kimberley kelmarin. - Foto AFP
Suarez (kanan) dan pemain tengah Uruguay, Alvaro Pereira menjalani latihan di Stadium GWK Park, Kimberley kelmarin. - Foto AFP
Suarez (kanan) dan pemain tengah Uruguay, Alvaro Pereira menjalani latihan di Stadium GWK Park, Kimberley kelmarin. - Foto AFP

IMPIAN Ghana untuk menjadi pasukan pertama dari benua Afrika mara ke separuh akhir akan bergantung kepada keupayaan mereka merantai pergerakan tonggak utama Uruguay Diego Forlan dan Luis Suarez ketika pertemuan suku akhir di Soccer City, Johannesburg malam esok.

Gandingan Forlan dan Suarez menjaringkan lima gol setakat ini ketika Uruguay meraikan kejayaan paling bermakna mereka dalam tempoh 40 tahun dengan muncul juara Kumpulan A dan menewaskan Korea Selatan pada pusingan kedua.

Sebagai pasukan tunggal dari benua Afrika yang berjaya meneruskan kemaraan ke suku akhir, Uruguay tidak boleh memandang remeh kemampuan Ghana.

"Amat penting bagi kami untuk menang kerana kami beraksi di gelanggang sendiri," kata Kapten Ghana, John Mensah.

Namun Pengurus Milovan Rajevac bimbang jika anak buahnya menerima kesan daripada tekanan dalam usaha meneruskan impian semua rakyat benua Afrika.

"Mereka hanya fokus terhadap apa yang berlaku di padang. Tiada tekanan-tekanan lain," jelasnya.

Rajevac akan melakukan dua pertukaran terhadap Dede Ayew dan Jonathan Mensah yang digantung perlawanan.

Kehadiran Isacc Vorsah tiba tepat pada waktunya untuk mengisi posisi Mensah dan akan menjadi tonggak utama Ghana dalam mengawal pergerakan Forlan dan Suarez.

Posisi Ayew akan diganti Sulley Muntari yang hanya diturunkan selaku pemain simpanan setakat ini.

Pengurus Uruguay, Oscar Tabarez menyenaraikan barisan pemainnya semalam dengan Mauricio Victirino mengganti posisi Diego Godin di bahagian pertahanan dan Alvaro Fernandez akan memperkuat barisan tengah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain