suria

Federer Tewas Kepada Berdych di Suku Akhir Wimbledon

WIMBLEDON, England: Untuk kali pertama dalam tempoh lapan tahun, Roger Federer tidak akan melangkah ke Centre Court untuk pertandingan akhir Wimbledon.

Juara enam kali itu dikejutkan pada peringkat suku akhir oleh Tomas Berdych, sekali gus menamatkan usahanya untuk menyamakan rekod tujuh kali bergelar juara di All England Club.

Berdych, pilihan ke-12, menggunakan servis mantap untuk menewaskan Federer 6-4, 3-6, 6-1, 6-4, di Centre Court untuk kemenangan terbesar beliau. Berdych akan menemui pemain nombor tiga dunia, Novak Djokovic untuk tempat di final dengan pemain nombor dua dunia, Rafael Nadal berhadapan pemain nombor empat dunia, Andy Murray dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Ini adalah kali pertama sejak 2002 Federer gagal mara ke final.

Federer, pemenang 16 gelaran Grand Slam, berkata beliau tidak dapat bermain dengan baik kerana kesakitan pada belakang badan dan kaki kanan.

“Saya tidak dapat bermain seperti mana yang saya inginkan," katanya. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain